Suatu pagi,semasa Faiz bersarapan bersama adiknya Nadiah,dia terdengar bunyi tangisan.
"Bunyi apa itu?"tanya Faiz kepada Nadiah.
"Entahlah,dari tadi Nadiah dengar tapi akut hendak tegur,"balas Nadiah.
Faiz memberanikan diri menjenguk ke bawah meja.Semakin kuat didengarnya suara
rintihan dan tangisan itu.
"Mm...aaah.....Mmm....ish...ish....Mm..."
Meremang bulu roman Faiz.Namun dia memeberanikan diri mendekati bunyi itu.Apabila
diamati dia nampak beberapa butir nasi terselit di celah-celah kaki bangku dan meja makan.Faiz menghampirinya.Rupanya tangisan itu datang daripada butiran nasi yang terbiar itu.
Faiz mengambil butir-butir nasi itu dan bertanya,"Wahai nasi,mengapa awak menangis?"
Terkejut Faiz apabila nasi menjawab ,"Saya menangis kerana kamu, wahai manusia."
"Mengapa sebab saya pula? Apa salah saya pada awak?" tanya Faiz.
Nasi berkata,"Wahai manusia, kamu makan rezeki yang Allah kurniakan ,tetapi kamu
tidak pernah bersyukur kepadaNya.Kamu sering terlupa membaca doa,malahan kamu
sepahkan saya pula merata-rata."
Terkejut Faiz apabila mendengar rungutan nasi.Faiz kesal,lantas berkata, "Maafkan saya wahai nasi, saya berjanji tidak akan lalai membaca doa sebelum makan lagi dan saya juga berjanji akan makan dengan lebih cermat supaya awak tidak terbuang begitu sahaja," janji Faiz. Faiz mengutip nasi itu lalu diletakkan di koridor rumahnya supaya nasi itu dapat dimakan oleh burung.
No comments:
Post a Comment